Friday, August 2, 2019

Emak dan Kakak

Emak : Kakak, kau tak boleh makan roti canai. Kau tu semput.

Kakak yang berusia 5 tahun itu diam sahaja.

Emak bersiap-siap untuk ke kedai, kemas barang-barang nya dengan pantas.

Kakak rasa macam nak menangis, sebab kakak suka makan roti canai, tapi emak tak bagi.


#####################################################################

Kakak bermain dengan kawan-kawan, tapi kakak tak dapat lupakan roti canai.
Dua-dua abang dah makan roti canai yang emak beli tadi.

Kakak sedih sangat. Nafas kakak naik turun. Kakak masih semput.

Kakak terfikir, betul ke kalau semput tak boleh makan roti canai, tapi kenapa.

Kakak nak sangat makan roti canai.

#####################################################################

Emak : Kakak, ni emak ada belikan minyak kelapa dara, boleh hilangkan semput katanya.

Kakak terhenti lamunan, kakak terus pergi kepada emak.

Kakak: apa dia mak? minyak? nak makan macam tu ke?

Kakak dah berumur 17 tahun, kakak masih belum lupa roti canai 12 tahun lepas.

Emak : Ya, telan macam tu je. Nah.

Emak bagi sebotol minyak kelapa dara kepada kakak, kakak terus nak makan, kakak memang rimas dengan semput nya.